Melaka ⚔️

 


Staycation di A'Famosa, Melaka selama 3 Hari 2 Malam

    Pada bulan Ogos yang lepas, saya dan rakan-rakan telah melakukan staycation trip selama 3 hari 2 malam di A'famosa, Melaka. Kami bertolak pada 16 Ogos dan pulang pada 18 Ogos. Staycation ini melibatkan rakan-rakan sekolah menengah saya setelah lama tidak berjumpa selepas masing-masing menyambung pelajaran di seluruh negeri di Malaysia.

    Kami bertolak daripada Puchong, Selangor pada jam 8 pagi. Kami berkumpul di R&R Dengkil dan membacakan doa sebelum memulakan perjalanan.




Kami berkumpul di R&R Dengkil

    Selepas itu, kami bertolak ke destinasi dan sampai pada jam 2 petang. Setelah sampai, kami meletakkan barang-barang kami dan mengambil beberapa keping gambar.




Kami tiba pada jam 2 Petang



    Pada Hari pertama, kami hanya meluangkan masa didalam rumah meluangkan masa bersama-sama dan bermain mini games seperti table pool, berkaraoke dan lain-lain. hari pertama kami tidak terlalu meriah dan hanya meluangkan masa bersama-sama didalam rumah sambil membincangkan plan untuk esok hari.

Kami meluangkan masa bersama-sama

        Pada hari ke-2, pada awal pagi kami melakukan briefing untuk aktiviti harini. Kami melakukan pelbagai aktiviti seperti sukaneka. Contohnya bermain letupkan belon, bermain bola tampar air dan banyak lagi. Kami melakukan aktiviti ini sehingga waktu malam dan membuat aktiviti BBQ pada malam hari. Selepas aktiviti BBQ, kami melakukan aktiviti deep talk berkongsi masalah dan pengalaman sepanjang tidak berjumpa.


Antara aktiviti yang kami lakukan


Kami melakukan aktiviti deep talk pada malam hari ke-2

    Pada hari ke-3, kami mengambil banyak gambar sebelum kami bersiar-siar sekitar Kota Melaka. Kami juga mengambil kesempatan mencuba Asam pedas Melaka yang terkenal di Melaka.



Antara gambar-gambar yang kami ambil


    Untuk melihat vlog perjalanan saya di A'Famosa ini, Anda boleh lihat di youtube ini.

Sekian terima kasih.


Storyboard Video Staycation



Tiada ulasan:

Catat Ulasan