Pengenalan Diri

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya didalam blog ini. Blog ini lebih kepada pengalaman saya menjelajah ke tempat-tempat pelancongan di Malaysia. InshaAllah saya akan pastikan blog ini sentiasa dipenuhi dengan perkongsian menarik yang mampu memberi manfaat kepada pembaca semua. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri.



Nama saya Syahrul Nizam Bin Nawi, saya lebih mesra dipanggil Syahrul atau Syah. Keluarga saya pula memanggil saya Nizam, tetapi jarang sekali saya mendapat panggilan nama ini oleh kawan-kawan saya. Saya lahir pada 19 Ogos 2003 dan kini saya berusia 20 tahun. Saya tinggal di Puchong, Selangor dan merupakan anak ke-2 daripada 8 orang adik beradik. Bapa saya, Nawi Bin Mohd Saleh merupakan seorang Kontraktor bangunan manakala ibu saya Kusniarti Binti Misno, merupakan seorang suri rumah.



Saya memulakan Pendidikan saya di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 selama 7 tahun dan Alhamdulillah saya mendapatkan keputusan yang cemerlang iaitu 5A didalam UPSR.





Kemudian, saya menyambung pembelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1 dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sepanjang persekolahan saya di sekolah menengah, keputusan peperiksaan saya kurang memberangsangkan atas faktor masalah keluarga. Saya hanya mendapatkan keputusan 5A 2B 1C dalam keputusan PT3 manakala di SPM, saya hanya Berjaya mendapatkan 3A dalam 9 subjek yang saya ambil. Namun, saya dapat memperoleh ilmu kepimpinan sehingga saya Berjaya menjadi Ketua Murid bagi sekolah tersebut.



Kini, saya merupakan seorang pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Saya merupakan pelajar semester ke-5 bagi jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik. Saya berazam untuk menjadikan POLIMAS sebagai tempat saya menebus keputusan saya yang lepas bagi menjamin masa hadapan saya untuk menjadi orang yang berjaya. Alhamdulillah saya kini Berjaya mendapatkan Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi 4 semester berturut-turut.



Itu merupakan sedikit sebanyak kisah kehidupan saya sepanjang hidup saya. Tetapi, saya disini tidak ingin menceritakan tentang pengalaman buruk saya akan tetapi saya ingin menceritakan hobi dan pengalaman saya iaitu melancong ke pelbagai tempat di Malaysia.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan