Terengganu 🐢

 Percutian ke Terengganu Darul Iman 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya ke bercuti 3 hari 2 malam di Terengganu bersama sahabat-sahabat saya. 



Kami bertolak seramai 6 orang. Pada mulanya, ramai lagi sahabat-sahabat kami ingin mengikuti kami. Akan tetapi, faktor masa yang mengahalang mereka untuk mengikuti kami. Kami bertolak sebanyak 2 kereta. Kawan kami seramai 4 orang bertolak daripada Puchong, Selangor terus ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan mereka bertolak pada jam 2 petang manakala saya dan seorang lagi rakan saya bertolak dari Jitra, Kedah selepas waktu kelas iaitu kira-kira jam 5 petang. Kami terpaksa melalui Lebuhraya Timur-Barat iaitu di Gerik pada waktu malam kerana itu sahaja jalan yang paling dekat untuk kami lalui.

Rakan kami yang bergerak daripada Kuala Lumpur


Saya terpaksa melalui Jalan Gerik pada waktu malam.

Kami tiba dan menginap di Besut pada jam 10 malam. Kami menginap di rumah salah seorang rakan kami, Nash kerana Besut merupakan kampung halamannya. Pada hari kami tiba, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan kerana kami lelah dan kepenatan. Kami hanya meluangkan masa dengan menonton movie sehingga kami semua terlelap.

 


Pada keesokan harinya, kami bertolak pada awal pagi. Kami bertolak ke Kuala Terengganu yang mengambil masa selama lebih kurang 45 minit daripada Besut. Semasa dalam perjalanan, kami singgah ke sebuah pendang. Pendang tersebut menawarkan permandangan yang sangat cantik dan rugi jika kami tidak mengambil kesempatan untuk singgah mengambil gambar dan meluangkan masa disana.



Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Pasar kedai Payang di Kuala Terengganu. Terdapat banyak buah hati dan cenderamata yang dijual disana. Kami singgah dahulu untuk makan tengah hari dan membeli-belah sedikit buah hati disana. Saya sudah pasti membeli 'trademark' Terengganu iaitu penyu untuk saya berikan kepada orang rumah saya.


Seterusnya, kami singgah ke tempat ikonik di Terengganu iaitu Jambatan Angkat Kuala Terengganu. kami dapat meluangkan masa bersama-sama dan bercerita meluahkan perasaan antara satu sama lain. Ditemani pemandangan yang indah, Itu merupakan salah satu kenangan terindah yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke saat ini. 


Kami seterusnya meluangkan masa mengelilingi Terengganu dan banyak lagi tempat yang sempat kami kunjungi. Salah satu daripadanya ialah kami dapat singgah ke Stadium Gong Badak iaitu rumah bagi pasukan bola Terengganu FC. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak merupakan antara salah satu stadium yang terbaik di Asia Tenggara. Dapat melihat stadium tersebut secara nyata memberikan satu perasaan teruja yang sangat hebat. Kami merantau sekitar Kuala Terengganu sehingga malam hari.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Amin ya Rabbal Alamin



Gambar matahari terbenam di Terengganu

Keesokan harinya, kami bangun pada awal pagi dan melakukan aktiviti jungle trekking. Kami ditawarkan dengan pemandangan yang luar biasa di kemuncak. Dan selepas kami sampai. Kami sangat terpegun dengan pemandangan di sana. Permandangan yang terus ke Laut China Selatan ditemani pemandangan flora dan fauna membuktikan kebesaran Allah S.W.T.. Kelelahan kami yang pada mulanya terus hilang selepas melihat pemandangan tersebut.




Akan tetapi, setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Setelah sampai, salah satu daripada rakan kami, Sai telah pitam akibat kepenatan. Sai seorang yang kurang bersukan, mungkin badannya terkejut kerana tiba-tiba terpaksa melakukan jungle trekking dan hiking. Tetapi jangan risau, Sai terus tersedar selepas 10 minit kami membiarkannya berehat dan menolongnya.

Sai pitam selepas hiking

Kami mengambil gambar selepas Sai tersedar


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami dengan memandi sungai. Seperti yang kita semua tahu, Terengganu merupakan negeri yang amat menekankan islam. Setelah sampai, kami dijemput oleh papan tanda yang sangat menyedarkan kami.

Papan tanda yang sangat ramah

antara pemandangan sungai yang kami kunjungi

sebahagian daripada kami membuat bbq


Setelah habis bermandi manda kami pulang ke rumah untuk berehat. Kami meluangkan masa pada waktu malam tersebut dengan bercerita dan penyatakan pendapat masing-masing. Pada waktu malam tersebut, ianya lebih kepada 'quality time' dan tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan.

Kami bertolak pulang pada esok pagi. Hari yang panjang dan sangat berbaloi bagi saya. Percutian ini merupakan salah satu memori yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat saya. 

Sekian Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan