Malaysia Merdeka 🇲🇾

Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini, saya ingin menceritakan tentang saya menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. 


Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti tahu iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah merdeka daripada jajahan dan menjadi negara yang merdeka secara rasmi. Pada tanggal 31 Ogos 2023 yang lepas, saya sendiri turun ke Putrajaya untuk bersama-sama merasakan sambutan hari kemerdekaan di Putrajaya.





Tema Hari kemerdekaan pada tahun 2023 ialah MALAYSIA MADANI:  Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Sambutan ini bermula pada jam 7.00 Pagi di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Akan tetapi, rakyat Malaysia telah datang seawal jam 3 pagi. Ada yang sanggup tidur di sini semata-mata ingin menyaksikan sambutan Hari yang bersejarah ini. 


Sambutan ini dimulakan dengan kehadiran VVIP. Akan tetapi yang paling mendapat sambutan apabila YDPA Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isterinya, Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hadir. Rakyat Malaysia menjerit kegembiraan kerana YDPA tetap membantu negara menyelesaikan kemelut politik ni negara ini dan YDPA sangat berjiwa rakyat dimana dia tetap menyapa rakyatnya dengan rendah hati. 


Sambutan diteruskan dengan perarakan daripada pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan banyak lagi. Perarakan ini disambut dengan sangat meriah. Ramai rakyat Malaysia yang teruja melihat perarakan masuk daripada mereka.

Perarakan Panji-Panji ATM

Perarakan TUDM

Perarakan ATM

Ruang Udara Putrajaya "Bergegar"

Hari Malaysia merupakan hari bersejarah yang kita sebagai rakyat Malaysia lupakan. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya meraikan Hari yang bersejarah ini.

Saya juga berasa terharu kerana walaupun pelbagai kemelut politik yang berlaku di negara kita. Kita masih lagi bersatu-padu tidak mengira bangsa, agama, kepercayaan dan warna kulit. Kita tidak boleh biarkan kebersamaan kita ini terpecah belah kerana sejarah sendiri telah mengatakan bahawa jatuhnya sesebuah kerajaan berpunca dari orang dalam sendiri.


Sebelum saya mengakhiri Posting saya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 kepada semua rakyat Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan